Monday, August 2, 2010

PROGRAM YANG DIJALANKAN UNTUK TARGET CEMERLANG GEMILANG -PENGKAYAAN


1. Akhbar Didik
2. Program EW20
3. Kelas Intensif
4. Kem Motivasi
5. Ceramah teknik menjawab soalan
6. Latih tubi menjawab soalan
7. Mentor mentee
8. Kelas Hikmah dan Skim Baucar Tuisyen
9. Program Zoom A


UPSR 2009 – Kekuatan Sekolah Dalam Mencapai Keputusan Cemerlang


1.Penyediaan dua orang guru bagi setiap subjek UPSR.
2.Mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan inovatif.
3.Bilangan pelajar yang tidak ramai dapat memudahkan penumpuan yang lebih dan program pengayaan dan pemulihan berjalan lebih berkesan.





MAKSUD LOGO SK SERI BERTAM

PERISAI : Simbol kecemerlangan untuk terus maju dalam semua bidang pendidikan.

BUKU : Simbol penerokaan ilmu dan menyemai pengetahuan.

MOTTO ” USAHA MAJU JAYA ”
: Kami yakin dengan amalan ini segala bentuk kejayaan akan diperolehi.

WARNA MERAH
: Berani dan bersemangat menghadapi arus perubahan.

WARNA BIRU
: Perpaduan berbilang kaum yang hidup dengan aman dan sentosa.

WARNA KUNING
: Keperibadian mulia sebagai jati diri warga sekolah.




PENGERTIAN MOTTO ”USAHA MAJU JAYA”

USAHA : Kesungguhan dalam menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan komited.

MAJU : Berupaya membina sifat kendiri yang positif dan dinamik.
JAYA : Impian yang dicipta dapat dikecapi.



” USAHA MAJU JAYA ”

Boleh didefinasikan sebagai satu kesungguhan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas, komited dan sesempurna mungkin di atas kesedaran pembentukan nilai kendiri yang positif dan dinamik, demi mencapai hasrat kecemerlangan dan kesejahteraan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan terhadap Tuhan Maha Pencipta.


LAGU SEKOLAH

Bersatu kami berusaha (co)
Mendukung cita-cita
Demi kami membela
Agama, nusa dan bangsa

Kami warga Seri Bertam
Gigih usaha
Pasti berjaya
Bina wawasan negara
Insan sempurna
Usaha Maju Jaya ( 2x )

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN


Kami Warga SK Seri Bertam, Yong Peng,
dengan penuh tekad dan iltizam serta
berpegang kepada motto
” USAHA MAJU JAYA ”

Berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga
dan usaha kami :-

Memastikan semua murid mengikuti umur yang ditetapkan
mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan
baru dimulakan.

Memastikan semua murid mendapat bekalan buku teks dengan
secukupnya.

Memastikan semua murid mendapat layanan yang sama dari
segi kebajikan, pengajaran dan pembelajaran.

Memastikan bilangan guru terlatih yang bertugas di sekolah ini
mencukupi agar pengajaran dan pembelajaran berjalan
lancar.

Memastikan sebarang aduan bertulis daripada ibu bapa /
penjaga akan dijawab dalam tempoh satu minggu dari
tarikh surat diterima dan aduan lisan dalam tempoh satu jam.

Memastikan tahap didiplin dikalangan guru-guru dan murid-murid serta kakitangan sentiasa berada ditahap yang
terbaik.

Memastikan sekolah sebagai institusi masyarakat dan terbuka kepada ibu bapa / penjaga untuk datang berjumpa
dengan Guru Besar sekiranya ada perkara penting untuk
diselesaikan.
Sekiranya ibu bapa / penjaga dan orang ramai tidak berpuas
hati dengan pengurusan sekolah, hendaklah berhubung terus
kepada :-

Guru Besar SK Seri Bertam,
Tel : 07-4671448 Fax : 07-4671448
Atau Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat,
Tel : 07-4342201 / 07-4342335

MATLAMAT SKSB

MATLAMAT


Kami komited merealisasikan misi kami iaitu dengan:


1. Mempunyai barisan pemimpin Pengurusan Pendidikan yang
Berintegriti.

2. Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi
keilmuan, kemahiran dan sahsiah.

3. Melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi
keperluan global.

4. Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan
penilaian.

5. Mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti.

6. Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

VISI,MISI DAN OBJEKTIF SKSB

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

OBJEKTIF

Meningkatkan pencapaian Peperiksaan UPSR

dan peperiksaan sekolah pada pencapaian

keseluruhan 80% ke atas pada setiap tahun.

Ada calon memperoleh gred ”A”

dalam semua mata pelajaran.

Meningkatkan kecekapan mengurus dan mentadbir,

profesionalisme guru,

keceriaan sekolah serta iklim

pendidikan yang baik.

Menjalin hubungan yang akrab

dengan komuniti sekolah

menerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.

Wednesday, July 28, 2010

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN
SK SERI BERTAM
YONG PENG, BATU PAHAT ,JOHOR.


Pada 1 SEPTEMBER 1954, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM, mula didirikan oleh beberapa orang pemimpin masyarakat yang menyedari kepentingan pelajaran untuk anak-anak mereka.
Antara individu yang bekerja keras membangunkan sekolah ini ialah Cikgu Harun bin Yusuh, Datuk Penghulu Tuan Haji Abdul Rahman bin Taib, Encik Noh bin Tapa dan Sarjan Osman bin Hanan.
Berkat permuafakatan dan gotong royong msyarakat setempat, maka terbinalah sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Melayu Seri Bertam, sempena mengambil nama pokok bertam yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Bekok, Yong Peng.
Bangunan sekolah ini terletak di Kampung Melayu berkeluasan 2.5 ekar, berdindingkan kayu dan beratapkan zink, bercirikan rumah limas rabung lima sorong tengah.
Ketika memulakan operasinya, jumlah kelas yang dibuka ialah sebanyak 8 buah kelas. Enrolmen murid ialah seramai 90 orang murid dengan 2 orang tenaga pengajar dan seorang pekerja. Murid-murid terdiri daripada murid-murid Darjah 1 hingga 3 sahaja. Manakala murid-murid darjah 4 hingga 6 terpaksa belajar di Sekolah Melayu Seri Yong Peng, yang jaraknya kira-kira 3 kilometer dari sekolah ini. Umur murid yang paling muda ialah 9 tahun dan paling tua ialah 17 tahun. Ini menunjukkan semangat belajar yang sangat kental di hati penduduk setempat pada masa itu.
Pada bulan Disember 1954, sekolah ini dirasmikan pembukaannya oleh Datuk Syed Esa bin Alwi, Pengelola Sekolah-sekolah Melayu Daerah Batu Pahat. Dari masa ke semasa, sekolah ini mengalami pelbagai perkembangan positif dan membanggakan penduduk setempat. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik mula disalurkan dan pertambahan pelajar begitu pesat.
Pada tahun 1990, sebuah bangunan baru telah didirikan di dalam kawasan SK Seri Bertam iaitu di bahagian hadapan sekolah ini yang merupakan Bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi Zon Yong Peng. Bangunan ini didirikan bagi kemudahan guru-guru mengadakan pelbagai kegiatan berkaitan pendidikan seperti kursus, mesyuarat dan sebagainya.
Pada tahun 1997, SK Seri Bertam teah diberi mandat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujukan kelas khas iaitu Kelas Bermasalah Pembelajaran atau Inkslusif. Murid-murid Down Sindrom dan Slow Learner sekitar Zon Yong Peng ditempatkan di sini. Seramai 4 orang guru terlatih, sedia membimbing mereka. Hingga kini seramai 6 orang guru terlatih telah diperuntukan dengan 3 orang pembantu.
Pada tahun 2001, sebuah bangunan makmal komputer telah dibina sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat. Murid-murid mempelajari ilmu teknologi maklumat dengan bimbingan seorang tenaga pengajar. Manakala sebuah blok tambahan dibina untuk menampung pertambahan murid. Blok-blok lama teah dibaik pulih agar memberi keselesaan kepada murid.
Pada tahun 2007, sebuah bangunan Pra Sekolah telah dibina yang mampu menampung muri-murid Pra sekolah. Seorang guru Pra Sekolah membimbing murid-murid ini dibantu oleh seorang Pembantu Pra Sekolah.
Awal tahun 2008, sebuah bangunan Pra Sekolah bagi Kelas Bermasalah Pembelajaran atau Inkslusif telah dibina bagi memberi pendidikan awal kepada murid-murid peringkat Pra Sekolah yang menghadapi masalah pembelajaran seperti Down Sindrom dan Slow Learner sekitar Zon Yong Peng.
Disamping itu, sebuah Pusat Akses telah diperuntukan oleh kerajaan bagi memudahkan murid-murid mengaksas maklumat dalam talian. Sebanyak 10 set komputer dan sebuah pencetak telah dibekalkan.
Kini, pelbagai kemudahan telah tersedia bagi menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan dan bersahsiah terpuji agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.