Wednesday, July 28, 2010

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN
SK SERI BERTAM
YONG PENG, BATU PAHAT ,JOHOR.


Pada 1 SEPTEMBER 1954, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM, mula didirikan oleh beberapa orang pemimpin masyarakat yang menyedari kepentingan pelajaran untuk anak-anak mereka.
Antara individu yang bekerja keras membangunkan sekolah ini ialah Cikgu Harun bin Yusuh, Datuk Penghulu Tuan Haji Abdul Rahman bin Taib, Encik Noh bin Tapa dan Sarjan Osman bin Hanan.
Berkat permuafakatan dan gotong royong msyarakat setempat, maka terbinalah sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Melayu Seri Bertam, sempena mengambil nama pokok bertam yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Bekok, Yong Peng.
Bangunan sekolah ini terletak di Kampung Melayu berkeluasan 2.5 ekar, berdindingkan kayu dan beratapkan zink, bercirikan rumah limas rabung lima sorong tengah.
Ketika memulakan operasinya, jumlah kelas yang dibuka ialah sebanyak 8 buah kelas. Enrolmen murid ialah seramai 90 orang murid dengan 2 orang tenaga pengajar dan seorang pekerja. Murid-murid terdiri daripada murid-murid Darjah 1 hingga 3 sahaja. Manakala murid-murid darjah 4 hingga 6 terpaksa belajar di Sekolah Melayu Seri Yong Peng, yang jaraknya kira-kira 3 kilometer dari sekolah ini. Umur murid yang paling muda ialah 9 tahun dan paling tua ialah 17 tahun. Ini menunjukkan semangat belajar yang sangat kental di hati penduduk setempat pada masa itu.
Pada bulan Disember 1954, sekolah ini dirasmikan pembukaannya oleh Datuk Syed Esa bin Alwi, Pengelola Sekolah-sekolah Melayu Daerah Batu Pahat. Dari masa ke semasa, sekolah ini mengalami pelbagai perkembangan positif dan membanggakan penduduk setempat. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik mula disalurkan dan pertambahan pelajar begitu pesat.
Pada tahun 1990, sebuah bangunan baru telah didirikan di dalam kawasan SK Seri Bertam iaitu di bahagian hadapan sekolah ini yang merupakan Bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi Zon Yong Peng. Bangunan ini didirikan bagi kemudahan guru-guru mengadakan pelbagai kegiatan berkaitan pendidikan seperti kursus, mesyuarat dan sebagainya.
Pada tahun 1997, SK Seri Bertam teah diberi mandat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujukan kelas khas iaitu Kelas Bermasalah Pembelajaran atau Inkslusif. Murid-murid Down Sindrom dan Slow Learner sekitar Zon Yong Peng ditempatkan di sini. Seramai 4 orang guru terlatih, sedia membimbing mereka. Hingga kini seramai 6 orang guru terlatih telah diperuntukan dengan 3 orang pembantu.
Pada tahun 2001, sebuah bangunan makmal komputer telah dibina sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat. Murid-murid mempelajari ilmu teknologi maklumat dengan bimbingan seorang tenaga pengajar. Manakala sebuah blok tambahan dibina untuk menampung pertambahan murid. Blok-blok lama teah dibaik pulih agar memberi keselesaan kepada murid.
Pada tahun 2007, sebuah bangunan Pra Sekolah telah dibina yang mampu menampung muri-murid Pra sekolah. Seorang guru Pra Sekolah membimbing murid-murid ini dibantu oleh seorang Pembantu Pra Sekolah.
Awal tahun 2008, sebuah bangunan Pra Sekolah bagi Kelas Bermasalah Pembelajaran atau Inkslusif telah dibina bagi memberi pendidikan awal kepada murid-murid peringkat Pra Sekolah yang menghadapi masalah pembelajaran seperti Down Sindrom dan Slow Learner sekitar Zon Yong Peng.
Disamping itu, sebuah Pusat Akses telah diperuntukan oleh kerajaan bagi memudahkan murid-murid mengaksas maklumat dalam talian. Sebanyak 10 set komputer dan sebuah pencetak telah dibekalkan.
Kini, pelbagai kemudahan telah tersedia bagi menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan dan bersahsiah terpuji agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

2 comments:

  1. Sekolah tempat sy mengenal a b c.. tahun 1979

    ReplyDelete
  2. I was in this school from 1970-1975..tq teachers and my friends

    ReplyDelete